Rabu, 3 Disember 2014

Jadual cuti persekolahan dan cuti umum tahun 2015



Selain ke sekolah, ada masanya kita bercuti juga kan...



sumber : google






Takwim Persekolahan Tahun 2015


Salam bicara




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telah lama blog ini ditinggalkan lantaran ketiadaan sumber manusia untuk menguruskannya. Penukaran Cikgu Hasanah ke Selangor yang amat cekap dalam bidang ICT telah merencatkan perkembangan blog ini. Saya, GPM amat sibuk dengan tugas hakiki sebagai GPM yang menuntut masa dan tenaga lantas blog ini terabai.

Barang yang lepas jangan dikenang, diharap tahun 2015 ini akan membuka lembaran baru dan blog pss aljauhar ini akan menjadi wadah ilmu untuk perkembangan pelajar dan sumber maklumat untuk warga di luar sana.

Saya juga berharap dengan kepimpinan baru, Pn Zurina (Pengetua) dan AJK PSS saya yang baru dan lama, pengawas PSS dan warga SMK Keladi akan dapat mengembeling tenaga dan idea untuk merancakkan blog dan FB PSS, malah berkolaboratif menjayakan semua aktiviti PSS yang dirancang untuk tahun 2015.