Selasa, 8 Mac 2011

Pelancaran NILAM 2011

Pada 21 Februari yang lalu, aktiviti pelancaran NILAM diadakan. Klip nyanyian lagu NILAM SMK Keladi dapat dilihat di Youtube (klik sini) .
Aktiviti pelancaran NILAM dimulakan dengan nyanyian kior dan tayangan lagu NILAM. Ini diikuti dengan taklimat oleh Penyelaras NILAM, Pn. Norfaza. Aktiviti seterusnya ialah resensi buku bertajuk The Big Bell, yang disampaikan oleh pelajar Tingkatan 2 Waja, Nurul Nadia dan berikutnya persembahan deklamasi sajak bertajuk Bacalah oleh Siti Nur Zaimah, pelajar Tingkatan 5 Sains. Majlis diteruskan dengan penyerahan majalah sumbangan PSS kepada setiap kelas sebagai bahan bacaan tambahan. Majlis diakhiri dengan ucapan dan perasmian oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Rusdin b Husin. Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.


Aksi Nurul Nadia di dalam persembahan resensi.

Guru PSS, Pn Zuraihan memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar.

Penyelaras NILAM, Pn Norfaza menyampaikan taklimat.

Penyerahan majalah

Siti Nur Zaimah menyampaikan sajak bertajuk Bacalah.