Rabu, 21 April 2010

Montaj pelancaran

Berikut adalah montaj pelancaran blog PSS pada Mac yang lalu..


Jumaat, 2 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi telah selamat diadakan pada 28 Mac yang lalu.

Tuan Pengetua, Tn. Hj. Miskin b Raboo mengiringi pegawai pengantara, ASP Noor Hashimi dari IPD Kulim untuk ke Dewan Waja.

Pasukan kompang sekolah memainkan kompang dengan penuh semangat

Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran para waris juga amatlah menggalakkan berbanding tahun lepas. kehadiran waris pada tahun ini adalah sebanyak 205 orang. Mesyuarat telah berjalan sehingga pukul 6.30 petang.

Buku PTS Terlaris


1. Senangnya Memasak Sambal & Sos (9688 naskhah)

2. Dahsyatnya Doa Ibu (2894)

3. Sejak Bila Kami Berkawan? (2891)


4. Senangnya Memasak Ayam (2841)

5. Senangnya Memasak Ikan (2807)

6. Senangnya Memasak Nasi (2658)

7. The King Of Torts - Edisi Bahasa Melayu (2622)

8. Gadis Lolipop (2570)

9. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (2464)

10. Senangnya Memasak...Daging (2391)

11. Komik-M: Raya 1 (2301)

12. Komik-M: Kad Raya Dari Syurga (2239)

13. Strategi Bisnes Manchester United (2046)

14. Doa Insan Berkasih (2015)

15. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (1988)

16. Young Aisyah: Ponteng Puasa (1947)

17. G.T.O (Guru Terhebat Olan) (1805)

18. Lukisan Jiwa (1796)

19. Sarah dan Senduk (1788)

20. Ikan Tawar Untuk Lego (1492)

21. Tempat Ke-2? (1435)

22. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia (1413)

23. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (1373)

24. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain (1297)

25. Senangnya Memasak Kerabu & Salad (1238)

26. Usahawan Cilik: Kerepek AF (1167)

27. Geng Genius: Misteri Luqman (1151)

28. Emilda (1146)

29. The Broker - Edisi Bahasa Melayu (1073)

30. 101 Idea Bisnes Home-Based (1018)










Sumber asal:

http://www.universitipts.com/index.php/site/comments/sena/

5 langkah untuk belajar.


Langkah pertama
- Ambil sekeping kertas, senaraikan semua subjek yang anda ambil. Tuliskan gred yang biasa diperolehi atau gred yang diperolehi pada peperiksaan akhir tahun lalu. Tuliskan juga gred yang ingin diperolehi (gred matlamat) dalam peperiksaan sebenar nanti.

Langkah kedua - Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak jauh berbeza jaraknya. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari semula dan diulangkaji. Jadi, jika mahu bermula, mulakan dengan belajar subjek-subjek lemah ini.

Kebanyakan pelajar, jika ada masa terluang, mereka pasti akan mahu belajar subjek yang mereka suka dan subjek yang mereka selalu skor dengan baik. Belajar subjek yang sudah mendapat gred A tentu lebih menyeronokkan berbanding subjek yang mendapat gred D bukan? Namun, saya cadangkan untuk anda luangkan masa dalam cuti sekolah ini untuk menguatkan semula pemahaman dan penguasaan anda dalam subjek yang lemah itu.

Langkah ketiga - Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian kenal pasti topik mana yang dirasakan paling lemah.

Langkah keempat - Antara senarai topik paling lemah ini, pilih topik yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses pembelajaran menjadi lebih mudah.

Langkah kelima - Belajar topik-topik itu semasa anda paling aktif dan bertenaga. Begini. Jika ada dua subjek yang ingin dipelajari, belajar subjek yang anda lemah dulu. Seperti yang saya terangkan tadi, pelajar suka belajar subjek yang mereka boleh skor dahulu berbanding subjek lain. Ini akan membuat pelajar ini rasa letih dan penat semasa mahu mula belajar subjek yang lemah itu. Jadi, kali ini, apabila ada masa terluang dan ketika minda dan fizikal masih cergas, belajar subjek yang dirasakan lemah tadi.


Daripada :
http://www.motivasibelajar.com